Impian Hadiah Hari Jadi

5:17 am

Salam Isnin yang ceria dan produktif hari ini. Hari ini huda dah masuk SOHO seawal 4.45 pagi! Hari ini extra energy sebab bersemangat lebih nak siapkan macam-macam kerja sebelum pergi bercuti.

Tengok kalendar hari ini, 17 hb Ogos, lagi seminggu birthday huda akan tiba. 

Terasa nak berangan sekejap dengan "Impian Hadiah Hari Jadi"

Apa huda nak untuk hadiah hari jadi huda?

Huda nak sesuatu yang dah lama huda impikan, sejak tahun 2008 lagi memang berkenan sangat dan memang target nak beli satu hari nanti.

H. A = Honda Accord 


Hensem yer tengok kereta honda accord ni. 

Seronok yer, renew lesen tahun ni dan dapat kereta baru. 
Hehe, padahal lama dah tak drive, kali terakhir drive pergi Alamanda Putrajaya 4 tahun lepas. 

Huda memang berazam, dapat kereta honda accord ni, memang akan beranikan diri driving kereta sendiri. Insha Allah.

Besar kan hadiah huda impikan ni? 

Dream Big , Its the First step to success.

Huda percaya, impian huda ini huda bakal dapat, walau bukan on special day seperti huda impikan. Huda perlu sabar, percaya dan terus berusaha tanpa henti. 

Ok, sekarang huda nak kongsi impian yang realistik dan Insha Allah akan terlaksana dengan izinNya.

Impian huda, next week on monday, pada hari jadi huda, huda nak luangkan masa solat di masjid. 
Nak solat sunat dan sujud syukur di rumah Allah. Huda nak buat solat hajat nanti, nak cerita pada Allah impian huda nak solat di Masjidil Haram tahun hadapan pada tarikh yang sama. Tahun ini huda 29 tahun, next year masuk 3 series. Huda pasang impian dari dulu, nak pergi umrah masa umur 30 tahun nanti. Seronoknya bila terbayang, next year dapat solat depan Kaabah. Impian huda lebih hebat dari itu, huda nak bawa ahli keluarga sekali. Insha Allah.

Oppss, mengalir airmata bila cerita pasal impian nak pergi Umrah ni. 


Tengok setiap hari, bayangkan setiap hari, pasti dapat! POWER of  CLEAR VISION!


Alhamdulillah, counting days untuk birthday sendiri. 

Sebenarnya, setiap kali birthday orang yang paling layak dapat hadiah adalah IBU kita sendiri, sebab pada tarikh keramat itu, ibu adalah orang yang paling kuat menahan sakit nak bersalin. Huda dah jadi ibu dan bersalin 2 kali, huda tahu macamana sakit bersalin itu. Ibu banyak sangat berkorban untuk kita. 

Ok, kena plan belikan hadiah special untuk mak huda di kampung ni. Seronok dapat bagi suprise hadiah pada mak minggu depan. Huda ada seminggu nak survey hadiah untuk mak huda. 

Sekian dulu coretan ceritahuda hari ini. Semoga hari isnin ini memberikan kita semua semangat bekerja, jangan malas-malas. Jangan malas untuk mencapai impian hidup kita sendiri! Jom usaha sehabis baik dan perbetulkan niat kita hanya kerana Allah Taala.


some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.