Hotel Review : Pandan Laut Beach Resort

Anda mencari hotel di Setiu Terengganu.  Jom kongsi review huda di Pandan Laut Beach Resort
Pandan Laut Beach Resort ini terletak di pantai Rhu Sepuluh Setiu Terengganu


Huda menetap disini selama 2 malam.
Huda memilih bilik standard dengan kos hanya RM 160 untuk dua malam.

Ini bilik huda sekeluarga. Chalet Pandan Laut.


Bahagian dalam bilik ada kelengkapan asas, katil queen,  tuala, sabun,  kettle, meja dan kerusi dan tempat sangkut baju. Sejadah juga disediakan. dan Siaran TV  ada channel HBO,  Fox Movies dan TV 1,2,3 dan TV 9.

Ini pula pemandangan sekitar resort. 


Sangkar arnab yang comel.


Sangat sesuai untuk rehatkan minda dan luangkan masa bersama keluarga tersayang.

Jarak dari bilik ke pantai pun dekat hanya beberapa meter sahaja.

Terdapat pelbagai jenis chalet yang disediakan untuk pilihan pengunjung.









Ini pula backpackers room cuma RM50 kalau tak silap.

Dewan juga turut di sediakan di resort ini. Ada 2 jenis dewan, dewan tertutup dan dewan terbuka. 



Pantai di sini juga bersih. Memang ramai mat salleh bermandi manda dan berjemur di sekitar sini.

Anak-anak nak main air pun sangat sesuai. 



Ok sekian review huda mengenai Pandan Laut Beach Resort. Huda bagi 3 bintang. Sangat berbaloi untuk wang yang huda keluarkan dan semestinya memori yang tercipta di sini tidak ternilai harganya. Happy Holiday =)

some_text

Post a Comment

0 Comments