Harta Karun yang paling berharga.

Harta karun selalu kita terbayang peti yang penuh emas yang bernilai.  Hari ini huda belajar sesuatu tentang harta karun yang paling bernilai. 


Seperti biasa huda temankan anak anak tengok disney junior setiap pagi.

Kali ini huda tengok sambil ambil pengajaran dari cerita Jake and Neverland Pirates.

Al kisah kawan jake ni " Chubby " mencari harta karun yang dikatakan milik dia.  

Setelah melalui berbagai cabaran dalam perjalanan mencari harta karun akhirnya berjaya.
 
Bila buka peti harta karun tu,  hanya ada sebiji guli yang ada sebiji kelapa di dalamnya.
Ini ke harta karun yang berharga milik Chubby?


Walaupun pada orang lain ia tiada nilai,  namun ia adalah harta karun paling berharga bagi chubby.

Kerana dia sangat sukakan coconut.  Dan dapat memiliki marble coconut ni buat dia happy.

Pengajaran yang huda dapat.  Allah berikan kita harta di dunia ini sebenar sangat bernilai jika kita hargainya. 

Harta yang paling bernilai berbeza pada setiap individu. 

Ada yang pentingkan harta dalam bentuk emas dan wang ringgit.
 
Ada yang pentingkan keluarga,  kasih sayang antara ahli keluarga lebih dari harta fizikal. 

Ada juga yang pentingkan harta untuk saham akhirat lebih dari saham dunia.

Harta karun huda yang paling berharga yang Allah hadiahkan adalah keluarga yang bahagia.  Anak anak yang sihat dan aktif serta bijak.  
Suami yang sangat baik,  penyayang dan sentiasa di sisi huda.


Kenangan bawa anak-anak naik LRT ke KLCC

Apa yang Allah beri adalah terbaik setara dengan apa yang kita perlukan untuk hidup bahagia.  Bahagia datang bila kita bersyukur dan tidak merungut jika Allah uji kekurangan dalam rezeki berbanding orang lain. 

Alhamdulillah. Huda rasa "kaya" dengan ada "treasure of life" yang sangat-sangat bernilai di dunia dan insha Allah hingga ke akhirat kelak huda ingin memilikinya. Amin

Post a Comment

0 Comments