Duit Oooo Duit....

10:00 am
APAKAH PERSEPSI ANDA TENTANG DUIT?
Bagaimana anda rasa bila anda tengok cash kat tangan, bila anda tengok duit kat akaun?
Bagaimana perasaan anda bila anda keluarkan duit bayar bil, bagi duit kat mak ayah, sedekah?
Bagaimana perasaaan anda bayar ansuran kereta, sewa rumah?
Bagaimana perasaan anda ketika membayar barangan yang anda shopping untuk rumah mahupun diri sendiri?




Adakah anda meilhat duit dengan fikiran yang negatif?

Dengan fikiran, ala duit ni kejap jer ade tangan, ala duit kat bank ni jap lagi abes la buat bayar bil bla-bla......

Hmm, mahal yer bil ni, hmm, x cukup duit nk bg mak ayah bulan ni, bg sikit jer la, hmm sedekah? nanti la , duit tinggal sikit...

Hmm, mahal yer bayar duit kete n umah ni...

Hmm, mahal yer barang2 sekarang, laju jer duit kuar beli brg rumah...

Jom ubah pemikiran anda HARI INI!


Bila dapat duit gaji, duit berniaga, tengok duit dalam akaun ucap alhamdulillah.

 Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang diberi, 

Doa Allah beri manfaat atas rezeki yang Allah bagi.

Bagaimana duit yang kita dapat bermanfaat untuk kita?

Ucap Alhamdulillah, ketika bayar bil, terima kasih kat TNB, Jabatan air, Maxis ke Celcom yang telah memberi perkhidmatan terbaik untuk anda mudahkan urusan harian anda.

Ucap terima kasih pada ibu bapa dengan memberi duit bulanan, semoga ibu ayah doakan rezeki kita semakin melimpah ruah.

Ucap terima kasih kat masjid tempat kita solat, dah sedekah dalam tabung masjid. Kita dah guna air n elektrik kat masjid tu kan?

Ucap terima kasih kat bank yang kita bayar ansuran kereta, bagi anda pinjam dut bank untuk anda mampu pakai kereta sendiri.

Ucap terima kasih dengan tuan rumah yang anda sewa sbb bagi anda duduk rumah dia.

Ucap terima kasih dengan Cashier kat kedai yang tolong kirakan barang anda beli, Alhamdulillah keperluan harian anda disediakan oleh kedai tersebut. Mudah, anda hanya perlu ambil letak dalam troli jer.

Alhamdulillah Ya Allah, rezeki yang Kau berikan memberi manfaat pada aku dan keluargaku
Murahkan rezeki kami Ya Allah.
Mudahkan urusan hidup kami Ya Allah.

Tukar persepsi anda tentang duit!
Ubah persepsi anda yang sedih tengok duit habis, tapi ucap alhamdulillah!!
Hati anda akan tenang dan anda menarik aura positif tentang duit dan automatik anda menjadi hamba Allah yang bersyukur!
Janji Allah, siapa yang bersyukur Allah lipat gandakan rezeki.

Jom kita semua jadi magnet duit,supaya duit suka datang pada kita. 

Sekian coretan huda hari ini. Semoga setiap sen duit yang Allah datangkan pada kita memberi manfaat dan membuka pintu kebaikan untuk kita.
some_text

No comments:

Powered by Blogger.