Salah Siapa?

11:15 am
Alhamdulillah, Ramadhan ke 20 hari ini, huda masih mampu berpuasa dengan keadaan sihat wal afiat.

Hari ini huda nak kongsi ilmu dengan harapan ilmu ini membuka mata semua supaya lebih peka tentang kesihatan. Bukan sahaja kesihatan sendiri, tapi kesihatan anak kecil yang menjadi amanah kita.



Sejak kebelakangan ini, huda kerap terima berita yang agak menyedihkan hati seorang ibu.

Ada anak kenalan huda yang mengalami congenital heart defect.
Abnormal heart, 1 ventricle.


Huda sebak sangat, terbayang macamana sukar anak kecil ini untuk teruskan hidup. Terpaksa jalani pembedahan pada usia bayi.

Hati ibu meruntun kesedihan. Huda doa, Allah tabahkan hati si ibu dan anak syurga ini terus diberi kekuatan untuk hidup.

Huda terduduk dan berfikir. Salah Siapa?

Memang benar ia ujian dari Allah, tapi mesti ada sebab kenapa proses development baby dalam rahim mengalami gangguan sehingga terjadinya Congenital Heart Defect ini.

Huda dapat info dari CDC.


" Punca-punca Congenital Heart Defect -CHDs kalangan kebanyakan bayi tidak diketahui.


Sesetengah bayi mempunyai kecacatan jantung kerana perubahan dalam gen individu atau kromosom mereka.


CHDs juga dianggap disebabkan oleh gabungan gen dan faktor-faktor lain, seperti perkara-perkara dalam alam sekitar, diet ibu , keadaan kesihatan ibu, atau penggunaan ubat ibu semasa mengandung.

Seorang ibu yang mengalami diabetes atau obesiti, telah dikaitkan dengan kecacatan jantung pada baby. Di samping itu , merokok semasa mengandung dan juga mengambil ubat-ubatan tertentu juga telah dikaitkan dengan kecacatan jantung"

Bukan niat menunding pada siapa yang patut dipersalahkan, tapi niat huda hanya satu. Agar semua orang lebih peka.

Sepanjang tempoh kehamilan adalah waktu kritikal untuk ibu dan bayi. Jangan ambil sambil lewa, makan ikut suka, berjalan di kawasan yang ada pencemaran termasuk asap rokok. Sakit makan ubat pun kena hati-hati, sebab ubat adalah drug ,bahan kimia yang memberi kesan mudarat pada baby.


Berpantanglah selama 9 bulan kehamilan, demi bayi dalam kandungan. Kurangkan aktiviti luar yang terdedah dengan pencemaran yang boleh menyebabkan mutasi genetik yang mengakibat abnormal development pada baby.

Bab pemakanan pun isu penting. Tak cukup nutrient, development baby pun boleh terganggu. Invest sedikit duit untuk supplemen sepanjang kehamilan. Huda sendiri amalkan SET MENGANDUNG SHAKLEE  yang lengkap untuk bantu huda pastikan nutrisi sepanjang mengandung sentiasa tip top!

Setiap perkara yang berlaku yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik datang dari kejahilan dan kekurangan diri kita sendiri. Sebagai pengajaran dan pedoman pada diri sendiri dan orang lain.

Jangan salahkan sesiapa, kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Apa hikmahnya? Usaha perbaiki segala kelemahan, usaha menjadi lebih baik, dan sentiasa mencari ilmu demi kesihatan diri sendiri dan orang yang kita sayang.

Tolong jaga diri anda, dan orang yang anda sayang. Kerana kesihatan adalah amanah Allah. Bila kita tidak menjaga Amanah ini sebaiknya, Allah akan tarik nikmat sihat ini, dan apa akan jadi? Fikir fikirkan lah....

Sekian coretan ceritahuda hari ini. Semoga nikmat sihat kita syukuri, ujian Allah juga kita syukuri kerana yakinlah Allah Maha Mengetahui Mana terbaik untuk kita dan setiap berlaku terkandung seribu hikmah untuk kita.

some_text

No comments:

Powered by Blogger.