Purplelicious!

12:42 pm
Salam Ramadhan ke 19 di hari isnin. Hari ini en.suami ajak shopping baju raya. Plan asal memang nak shopping bulan Syaaban,tapi atas sebab tak dapat dielakkan, terpaksa juga Shopping Raya dibulan Ramadhan. Shopping dengan target nak dapatkan set Purplelicious untuk kami berempat!
Huda bagi sneak preview baju raya purplelicious yang berjaya huda beli siang tadi. 
Alhamdulillah, dalam masa 2 jam setengah huda berjaya dapatkan Set Purplelicious untuk kami berempat. Thanks so much en.suami, belanja kami shopping, terapi untuk huda yang tengah pening dengan duit floating kat bank yang masih belum settle.
Alhamdulillah, lega dah baju raya pertama dah ready. Tahun ini raya belah suami di Terengganu, ikut tema family in law pakai warna purple. 
Ok, misi basuh baju raya, kemas beg pula. Huda nak balik kampung seminggu few days lagi. Next mission buat kuih raya pula.
Dalam kita sibuk buat persediaan raya, pastikan kita sentiasa luangkan masa lebih lagi untuk 10 Malam Terakhir Ramadhan. Huda doa agar kita semua dapat bertemu dengan malam Al-Qadr.
Sekian coretan cerita huda hari ini. 
some_text

No comments:

Powered by Blogger.