Ole-ole dari Mesir

12:25 pm
Alhamdulillah, Salam Ramadhan ke 18 hari ini.

Huda nak kongsi tentang Ole-ole huda dapat dari adik ipar yang belajar di Mesir. Dia baru sahaja balik Malaysia cuti semester.



Adik ipar huda ni, memang murah hati, setiap tahun dia balik Malaysia mesti dia belikan ole-ole untuk huda.

Tahun pertama dia belikan huda set kerongsang dari mesir, tahun kedua, dia belikan huda selendang dan tudung dari Istanbul,Turki. Tahun ini dia belikan huda manisan istimewa dari Mesir sempena nak raya ni.



Sedap sangat manisan ini. Huda nak bawa balik kg johor minggu depan, nak bagi mak huda rasa.
Selain itu, adik huda beli Extra Virgin Oil dari Mesir,,murah katanya.

Tq adik iparku, Aiman aka Ateh. Akak doakan ateh berjaya menjadi seorang doktor muslim yang hebat. InshaAllah, ada rezeki nanti, 2017 nanti kami datang konvo ateh di Mesir.

Sekian coretan huda hari ini. Hadiah atau ole-ole, dapat merapatkan kasih sayang antara ahli keluarga, jika ada rezeki lebih jangan lupa belikan ole-ole sebelum balik kampung raya ini.

some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.