Mencari Hikmah yang Tersembunyi.

9:10 pm
Alhamdulillah, hari ke 14 huda berpuasa, inshaAllah dengan izin Allah huda boleh berpuasa penuh 4 tahun berturut - turut.

Sebenarnya huda tengah cari hikmah tersembunyi apabila Allah datang ujian pada huda ketika Closing bisnes Shaklee semalam.



Huda order barang online, transaction failed, bila order through call, payment decline, tapi bila cek akaun duit dah deduct. 

Huda pun call customer service, ok diorang akan settlekan order huda dan settlekan urusan dengan bank. Huda pun lega la petang semalam dah settle masalah dan selesai closing.

Malam tadi,tengah rehat lepas berbuka, Customer service call lagi, inform huda order petang tadi tak boleh proses, payment floating, huda sendiri kena settle dengan bank. Makanya huda tak berjaya closing dengan pembelian produk yang sepatutnya.

Sedih juga rasa, hilang mood sekejap. Tambah lagi baby hakim yang menangis sebab mengantuk, dah Arif yang tengah aktif main sepahkan rumah sana sini.  One word to describe all this feeling " Serabut!"

Ya Allah, bukakan pintu hatiku agar nampak hikmah atas ujian ini.

Pujuk hati agar Redha, dan tunggu esok settle dengan bank dan kena reorder barang lagi ( rugi sebab terlepas promo bulan lepas).

Pagi ini, huda belek buku The Magic of Thinking Big untuk mengembalikan semangat sebab kejadian semalam. Huda selalu cari hikmah atas sesuatu ujian itu dengan membaca buku motivasi.

Orang berjaya TIDAK PERNAH MERUNGUT LANGSUNG!
Orang berjaya melihat MASALAH adalah Peluang untuk belajar dan mengatasinya.
Prinsip kejayaan bagi orang berjaya - Manfaatkan setiap Masalah dan Kegagalan!

Biasanya bila kita hadapi masalah atau kegagalan kita lebih menumpukan pada emosi negatif kan?

Huda pun tak terlepas dari sifat yang merugikan ini. 

Tapi, masalah itu takkan selesai jika kita negatif, kita akan buta untuk nampak hikmah yang Allah sediakan. 



Percayalah, setiap yang berlaku pada kita, adalah aturan terbaik untuk kita, walau kita tidak suka. Allah takkan jadikan sesuatu itu sia-sia, malahan kita sendiri yang mensia-siakan peluang yang Allah bagi.

Sekian coretan ceritahuda hari ini. Semoga kita sentiasa mencari hikmah yang tersembunyi disebalik setiap masalah yang datang. 

some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.