Larangan Berbelanja BOROS dalam Al-Quran.

Salam 24 Ramadhan hari ini. Hari ini weekend terakhir sebelum kita berhari raya minggu hadapan. Huda pasti hari ini mesti ramai yang ambil kesempatan terakhir untuk shopping raya.
Huda suka nak ingatkan diri sendiri dan orang lain, dalam kita shopping jangan boros sebab Allah larang seperti yang termaktub dalam Al-Quran.
Dalam Surah Al-Isra, ayat 26 dan ayat 27 Allah berfirman :

" Dan berikanlah kepada kaum kerabat yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan, dan janganlah kamu berbelanjakan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya orang boros itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya"

Kita semua orang islam, maka kita memang wajib patuhi larangan Allah ini, sebab Allah dah kata siapa yang bersifat seperti syaitan iaitu boros dalam berbelanja, menjadi hamba Allah yang ingkar.

Jangan pandang remeh isu "shopping sakan" , takut-takut kerana keghairahan kita menurut hawa nafsu shopping raya, kita jauh dari redha Allah. Nauzubillah.

Jom kita ikut sunnah Nabi Muhammad SAW, sebelum masuk ke pasaraya atau tempat shopping, kita baca doa dulu.

“Barangsiapa masuk pasar, lalu membaca:

لاَ Ø¥ِÙ„َـهَ Ø¥ِلاَّ اللهُ ÙˆَØ­ْدَÙ‡ُ لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙ‡ُ، Ù„َÙ‡ُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒُ ÙˆَÙ„َÙ‡ُ الْØ­َÙ…ْدُ ÙŠُØ­ْÙŠِÙŠْ ÙˆَÙŠُÙ…ِÙŠْتُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø­َÙŠٌّ لاَ ÙŠَÙ…ُÙˆْتُ، بِÙŠَدِÙ‡ِ الْØ®َÙŠْرُ، ÙˆَÙ‡ُÙˆَ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِÙŠْرُ.

“Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syariika lahu, lahulmulku walahulhamdu, yuhyii wa yumiitu wa huwa hayyun laa yamuutu, biyadihil khoiir, wa huwa ‘ala kulli syai’in qodiir.”

Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan, bagiNya segala pujian. Dia-lah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Dia-lah Yang Hidup, tidak akan mati. Di tanganNya semua kebaikan. Dan Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.
(HR. At-Tirmidzi 5/291, Al-Hakim 1/538 dan Ibnu Majah 2235. Al-Albani menyatakan, hadits tersebut hasan dalam Shahih Ibnu Majah 2/21 dan Shahih At-Tirmidzi 2/152.)

Sesungguhnya Nabi Muhammad juga bersabda
“Tempat yang paling baik adalah masjid. Sedangkan tempat yang paling buruk adalah pasar”.
(HR Ibnu Hibban)

Maka, kita mesti amalkan doa ini sebelum pergi shopping, agar kita mampu mengawal nafsu dan berbelanja dengan bijak. Terutamanya kaum wanita yang memang kuat nafsu shoppingnya. Maka para suami, sila ingatkan isteri anda baca doa dulu yer sebelum langkah masuk shopping mall.


Sekian coretan ceritahuda hari ini. Selamat shopping raya semua dan selamat berpuasa!
some_text

Post a Comment

0 Comments