Jangan Jadi Pokok Kering!

8:12 am
Salam Ramadhan ke 23. Hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan tahun ini. Jangan kita terlepas peluang untuk beramal banyak-banyak hari ini.

Hari ini huda nak kongsi tentang perumpamaan dalam Al-Quran tentang POKOK KERING. Apa tu?
Huda suka nak kongsi pengajaran ayat dalam surah Ibrahim ( Ayat 25 dan 26)

Dalam ayat - ayat ini, Allah berfirman dengan memberi perumpaan mengenai perkataan yang buruk itu ibarat POKOK KERING.


" Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tegak sedikitpun"

Kalimah buruk ini termasuk perkataan yang kufur, syirik, segala perkataan tidak benar dan perbuatan tidak baik.

Ruginya, jika kita sebut kata-kata tidak elok pada orang lain, kita ibarat pokok kering di sisi Allah. Tidak memberi manfaat pada diri sendiri dan orang lain, malah dipandang hina.

Manakala , Allah membuat perumpamaan perkataan yang baik itu ibarat pokok yang subur.  

" Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan tentang kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh  dan cabangnya menjulang ke langit. Pohon itu memberikan buah pada setiap musim dengan izin Tuhannya"

Huda suka perumpamaan yang Allah turunkan dalam Al-Quran ini. Huda akan ingat, bila rasa nak marah dan cakap tak elok, huda akan  ingatkan diri JANGAN JADI POKOK KERING!
Huda nak jadi pokok yang subur sentiasa, memberi manfaat pada diri sendiri dan orang lain. 

Sekian coretan ceritahuda hari ini. Syukur huda dapat memberi manfaat pada orang lain dengan berkongsi kebaikan produk Shaklee yang membantu orang lain lebih sihat setiap hari. Semoga huda sentiasa menjadi pokok yang subur disisi Allah.



some_text

No comments:

Powered by Blogger.