Jadi terbaik untuk dapatkan yang terbaik.

11:28 am
Alhamdulillah, Ramadhan ke 21 hari ini. Bagaimana puasa anda?
Huda doakan kita semua sihat selalu.


Hari ini huda nak cerita tentang anak sulung huda, Muhammad Arif Haikal.


Lepas buka puasa, huda dan suami bersiap untuk solat jemaah bersama. Bila suami huda angkat takbir, Arif berlari ke arah kami dan cepat cepat ambil kopiah dan berdiri sebelah suami huda dan terus angkat takbir.

Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan ini Arif rajin ikut huda solat, solat tengah malam pun dia bangun dan solat sama.

Lepas solat dia terus ambil Al Quran, selak helai demi helai dan konon konon baca.
Dia perhati apa yang huda dan suami buat, dan dia ikut sebiji sebiji apa yang kami lakukan. Benarlah orang kata, anak itu cermin kepada ibu bapanya.

Lepas lihat apa yang Arif lakukan tadi, huda sedar, huda mesti jadi contoh terbaik untuk Arif dan adiknya.

Huda nak dapat anak anak yang terbaik dunia akhirat, maka huda sendiri yang kena jadi baik untuk dapatkan yang terbaik.

Selain itu, Arif pun ikut habit huda setiap malam sebelum tidur, telan supplemen, dia mesti minta Omega Guard dia sekali. Omega Guard bantu Arif bijak dan genius belajar. Tahap kesihatan Arif pun sentiasa tip top sebab Omega Guard bantu kuatkan imun sistem arif. Kalau Arif tak sihat, sehari dua jer mesti elok. Alhamdulillah.

Huda pun masih belajar parenting skill untuk jadi parent yang terbaik. 

Mudah mendidik anak melalui tauladan dan contoh terbaik. 
Kadang kala kita paksa anak anak buat itu ini, mereka agak sukar nak ikut bila kita bagi arahan semata mata. Sebaiknya didik dengan memberi contoh, pasti mereka akan ikut tanpa kita perlu suruh.

Sejuk perut mengandung tengok anak membesar dan rajin solat. Huda mempunyai impian, impian nak lihat anak huda jadi insan bertaqwa, dan pimpin tangan huda ke syurga.

InshaAllah, anak anak sentiasa menjadi inspirasi pada huda untuk terus memberi contoh terbaik segala aspek kehidupan terutamanya gaya hidup dan pemakanan. Bila gaya hidup sihat dan pemakanan sihat, inshaAllah nikmat sihat itu sentiasa bersama kami dan kami miliki kekayaan yang sebenar iaitu kesihatan. Orang kata HEALTH IS GREATEST WEALTH.



"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)




Sekian coretan ceritahuda hari ini. Jom kita semua jadi yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik, di dunia dan akhirat.

some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.