Doa Penenang Hati

Salam 22 Ramadhan. Ya Allah, masa semakin mencemburui kita, hanya berbaki seminggu untuk kita berpuasa. 
Di saat ini, ada yang sibuk menghitung hari nak raya, excited nak balik kampung dan ada segelintir hamba pilihan Allah yang tak senang duduk nak rebut setiap ketika untuk beramal di bulan Ramadhan ini. 

Huda pula berkongsi masa yang singkat ini dengan anak-anak kecil yang sentiasa mahu kan perhatian. 
Kadangkala terbit rasa geram, tak tenang bila anak-anak macam pas baton, sorang tidur, sorang lagi bangun. Sehari dua ini dua-dua anak asyik meragam. Tak tidur malam, siang pun sorang tidur sorang lagi aktif panjat sana sini. 
Buat kerja rumah pun kena dukung si baby. Si abang pula tak tidur malam 2 hari, akibatnya dia tengah demam selesema batuk. pakej lengkap! Hari ini, berjangkit pada adiknya pula. Hampir 24jam sehari, waktu huda hanya melayan karenah mereka. Habis jadual kerja entah kemana. Ujian Ramadan yang semakin mencabar!
Huda mencari ketenangan diri. Huda inginkan waktu yang tenang untuk solat dan baca Al-quran. Tapi waktu itu masih belum milik huda. Ya Allah, masa itu milikmu, kurniakan kepada masa yang berkat dan tenang untuk aku mendekatkan diri padaMu.....
Huda tarik nafas dalam-dalam dan baca DOA PENENANG HATI ini. 
Didik hati supaya sentiasa tenang dan sabar melayan "amanah" Allah. Semoga Allah akan balas pengorbanan huda dengan Allah temukan huda dengan malam Lailatul Qadar. Insha Allah.
Sekian coretan cerita huda. Jom kita baca doa penenang hati ini tatkala hati kita mencari ketenangan. Insha Allah, Allah pasti bantu hambaNya dan makbulkan doa ini. Amin
some_text

Post a Comment

0 Comments