Di bawah Cahaya Bulan.

10:38 am
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah 

Tadi lepas solat isyak berjemaah, suami tiba-tiba suruh bersiap. 

Anak-anak tengah tidur dari lepas maghrib tadi. 

Huda Tanya nak pergi mana, encik suami tak nak cakap. Hmm, pelik jap. 

Ikut sahaja la apa suami suruh. 

Huda tinggalkan anak-anak dibawah jagaan adik ipar. 

Huda keluar rumah dan tengok langit. SubhanaAllah, cantik sangat bulan.Bulan penuh dan bercahaya. 

Dalam kepala dah agak mesti encik suami nak ajak pergi dating tepi pantai tengok bulan ni. 

Tersenyum dan berbunga-bunga hati ini. Al maklumlah sejak kehadiran the Arifs dalam hidup huda, huda tak pernah lagi spend masa lepak-lepak tengok bulan tepi pantai. Dulu masa study, setiap kali bulan penuh mesti huda lepak dan nikmati permandangan indah di bawah cahaya bulan. Honestly I really miss that moment. 

Seperti yang huda jangkakan, encik suami menuju ke Pantai Batu Buruk. Alhamdulillah dapat parking dengan mudah walaupun orang agak ramai ketika itu. 

Huda dan encik suami luangkan masa, mengimbau memori indah di bawah cahaya bulan masa muda remaja dulu-dulu. 

Berkongsi cerita dan impian bersama di bawah cahaya bulan. Bulan jadi saksi dan dengar cerita kami. 

Huda habiskan masa dalam setengah jam sahaja duduk tepi pantai sambil bermandikan cahaya bulan. Dalam kepala fikir anak-anak di rumah. Huda jeles dengan orang lain boleh tinggal anak lama-lama dengan orang lain. Huda ni cepat risau dan tak suka bebankan orang lain jaga anak-anak huda. 

Masuk kereta, terus telefon adik ipar di rumah dan bertanya khabar anak-anak. 

Anak-anak dah terjaga dari tidur. 

Ok, masa dating berdua dah tamat. 

Walaupun singkat masa kami dating di bawah cahaya bulan, huda rasa bersyukur dan bahagia. 

Sudah empat tahun huda menjadi isteri dan sudah hampir 8 tahun huda kenal dengan encik suami. Dia adalah anugerah terindah dari Allah untuk huda. 100% matching dengan doa dan ciri –ciri lelaki idaman huda yang caring, romantik dan sangat memahami. Huda sayangkan dia. Semoga Allah sentiasa limpahkan rahmat dan kasih sayangNya untuk dia. 

Tq hubby for the surprise. I love u more and more.

Sekian coretan huda hari ini. Nasihat huda pada semua pasangan dan kahwin, find your perfect moment that you will cherish the most. Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan yang menghalang untuk anda terus bercinta dengan pasangan yang Allah hadiahkan sebagai pelengkap dan penyeri hidup di dunia. 

some_text

No comments:

Powered by Blogger.