Al-quran di Hatiku.

Salam Nuzul Al-quran hari ini, 17 Ramadhan. Ramai yang bercuti hari ini kan? Bagus cuti hari ini, Allah beri peluang untuk kita baca Al -Quran lebih hari ini.



Nak tahu bagaimana rasa bila Al-Quran di hati ?

Hati akan rasa gentar, dan boleh menangis bila baca dan dengar ayat Al- Quran.
Kini huda faham kenapa khatib di Mekah boleh menangis bila membaca firman Allah.
SubhanaAllah. Indah sangat rasa bila terasa Al-quran di hati.

Malam semalam, huda terjaga dari tidur, pukul 1.30 pagi. Kejut suami bangun solat tahajud dan terawih. Lepas itu solat hajat , ada hajat besar kami mohon bantuan Allah, insha Allah bulan ini pasti tercapai hajat kami ini.

Tengok jam hampir pukul 3 pagi. Ikut mata memang mengantuk, tapi sempena pagi Nuzul Al- Quran, huda ajak suami baca Al-Quran.

SubhanaAllah, huda menangis semasa membaca Al-Quran. Ayat Al-Quran yang huda baca seolah-olah Allah berbicara dengan huda. Allah jawab bahawa solat hajat huda yang mohon pertolongan Allah akan dimakbulkan. 

Huda kini lebih fahami kenapa khatib di mekah boleh menangis bila membaca firman Allah.

Bagaimana kita mahu didik hati kita supaya sentiasa ada Al-Quran dihati?

Mula-mula mestilah kita kena baca Al-Quran ikut adab yang betul. Barulah berkat Al-Quran itu kita dapat rasai.



Kedua, kita mestilah baca Al-Quran setiap hari, macam kita bercinta, kena jumpa setiap hari untuk lepaskan rindu. Bercinta dengan Al-Quran, fahami keindahan Al-Quran.



Ketiga, kena tahu kenapa mesti baca Al-Quran. Macam huda, huda baca sebab nak berbicara dengan Allah, nak Rahmat kasih sayang Allah, nak Syafaat Al-quran di dunia dan akhirat..



Bila kita ada matlamat dan target yang jelas bila membaca Al-Quran, kita pasti berusaha membaca Al-quran setiap hari.

Sekian coretan huda hari ini. Salam Nuzul Al-Quran untuk semua,

some_text


Post a Comment

0 Comments