Ada duit lebih, Nak Labur Emas atau ZIS?

1:31 pm

Assalamualaikum. Huda nak kongsi cerita huda yang huda borakkan dengan en.suami malam tadi.

Semalam encik suami sibuk siapkan order blog customer dia. Blog bisnes pasal perlaburan emas. 

Huda tanya asyik buat blog pasal ni jer. 
Dia jawab ni, blog keenam order customer yang menjual emas online.

Ramai rupanya buat bisnes jual beli emas untuk perlaburan dunia sekarang ni.

Huda tak minat emas. Huda tak fikir pun nak melabur emas macam orang lain. Orang kata emas itu aset, harga makin mahal. 

Ada orang ada duit lebih, akan laburkan untuk emas. 

Huda pilih jalan lain. 
Huda nak melabur pada jalan yang kekal, jauh lebih hebat dari melabur emas.
Huda pilih ZIS. 

Apa itu ZIS?
Z = ZAKAT
I = INFAQ
S =  SEDEKAH

Ianya jauh lebih menguntungkan dan memberi manfaat dunia akhirat.

 

ZIS ini ibarat memberi pinjaman pada Jalan Allah. 


مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan” (QS. Al Baqarah: 245)

Harta yang Allah hadiahkan pada kita, setiap sen akan di soal kelak kemana kita manfaatkannya.

Malu jer kan, Allah beri banyak, tapi kita sibuk pentingkan diri sendiri, lupa nak tunaikan hak Allah. 
Sebenarnya Allah beri banyak untuk kita keluarkan banyak jugak untuk jalan Allah. 

Huda malu nak pakai emas banyak (cukuplah emas putih dan cincin hadiah suami) , nak beli emas sebagai aset pun huda rasa nanti dulu, huda nak dahulukan ZIS. Aset ZIS ini lebih hebat berjuta kali ganda dari emas banyak2. 

Maka tanya pada diri sendiri, kemana duit lebih kita setiap bulan?
Setiap orang mempunyai pandangan sendiri, ada yang siapkan harta untuk anak-anak hidup senang dunia, ada yang siapkan harta untuk menuju akhirat yang kekal selamanya.

Hidup ini sentiasa ada pilihan. 

Huda nak kongsi lagi ayat-ayat Al-Quran tentang EMAS.

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia)dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan EMAS dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, (At-Taubah(9), ayat 34)

Pada hari dipanaskan EMAS perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu di katakan) kepada mereka: Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan. ( At-Taubah(9) Ayat 35)

Sekian perkongsian huda ini memberi manfaat pada semua. Jom lakukan ZIS sama-sama dengan tujuan yang satu. Redha Allah dan Rahmat kasih sayangNya. 


some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.