15 Etika Makan Cara Rasullah

3:14 pm

Salam Isnin untuk semua. Hari ini huda nak kongsi ilmu sunnah Rasul kesayangan kita semua. 
15 ETIKA MAKAN CARA RASULULLAH Sallah Allahu 'alaihi wasallam.

1. Makanan mesti halal.



2. Makan apabila perlu dan lapar.


3. Berniat apabila makan.


4. Baca Basmallah.

5. Makan makanan yang paling hampir terlebih dahulu.

6. Tidak mengkritik makanan.


7. Makan secara berjemaah, lebih berkat.


8. Tidak bersandar ketika makan.

9. Menjilat jari bagi mencari barakah.


10. Menimbang makanan terlebih dahulu ketika membeli. Tanda perlu perancangan.

11. Membaca Alhamdulillah dan doa selepas makan.


12. Makan dari bahagian tepi terlebih dahulu.

13. Makan 1/3, simpan 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk pernafasan sihat.


14. Beli makanan dengan wang dan harta halal.

15. Makan dengan tangan kanan kecuali yang tidak mampu.


" Makanan yang digalakkan oleh Islam adalah makanan yang memberi kesihatan dan kecergasan walau tidak wujud pada zaman Nabi namun ia diklasifikasikan sebagai makanan sunnah." -UZAR

Maka makanan sunnah itu bukan terhad pada kurma, madu , habbatus sauda dan macam-macam makanan yang Nabi Muhammad makan pada zaman baginda sahaja. 

Kita makan buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan pun dikira makanan sunnah selagi ia memberi manfaat kepada kesihatan, dan kita makan ikut 15 etika makan cara Rasullah seperti di atas.

Semoga perkongsian ilmu ini kita amalkan. Rasullah sudah bagi kita contoh untuk kita ikut, inshaAllah kita ikut sunnah Nabi di dunia, kelak di akhirat syafaat Nabi akan permudahkan urusan akhirat kita. 

some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.