Ya Allah! Dengarlah Ceritaku...

5:50 pm

Alhamdulillah, jiwa ini rasa sangat tenang lepas luangkan masa yang Allah hadiahkan pada huda petang ini dengan bercerita kepada Allah.

Waktu terbaik untuk bercerita dengan Allah tentang apa jua masalah, impian hidup dan apa-apa sahaja cerita ialah ketika lepas solat.

Semalam huda bercerita pada Allah, tentang impian huda nak solat dengan tenang macam solat di masjid. ( Sekarang ini, agak sukar nak solat di masjid sebab ada baby dan anak 3 tahun yang sangat aktif)

Alhamdulillah,hari ini Allah hadiahkan ruang dan peluang untuk huda solat dengan tenang dan cukup masa untuk bercerita dengan Allah tentang hajat dan impian huda.

Anak sulung bersama suami, dan baby hakim lena tidur. Huda rasa sangat tenang untuk solat.

SubhanaAllah, hajat huda semalam Allah dengar dan Allah makbulkan.

Ya Allah! Dengarlah Ceritaku....

" Ya Allah, aku ingin menjadi isteri solehah dan terbaik untuk suamiku.
   Ya Allah, aku ingin menjadi ibu solehah untuk anak-anakku.
    Ya Allah, aku ingin menjadi anak solehah untuk ibu bapaku.

     Ya Allah....Engkau yang Maha Mendengar dan Maha Berkuasa dan Maha Memakbulkan Doa.

Ya Allah, Ya Fattah. Bukakan pintu-pintu rahmat dan kasih sayangMu kepadaku.
Ya Allah , Ya Ghani, Jadikan Aku Kaya dan Berjaya dunia dan akhirat... "

Ini sebahagian cerita huda yang huda ceritakan pada Allah.

Allah tempat huda mengadu segala cerita, segala masalah huda dan segala impian huda.
Allah takkan pernah mengecewakan kita. Allah Maha Mendengar segala cerita kita.

Setiap hamba Allah, pasti di uji. Ujian bukan sekadar kesusahan, tapi ujian kesenangan lebih hebat.
Bila kita susah, kita akan mudah mengadu pada Allah tapi bila di uji dengan kesenangan, ramai orang lupa Allah. Ada segelintir orang yang diberi kesenangan yang tidak bersyukur, dan tidak menggunakan kesenangan pada jalan yang Allah redha. Lebih menakutkan, hilang rasa syukur, dan bersifat riyak dan takabbur. Allah Murka!

Pesanan huda untuk diri sendiri dan untuk anda yang sedang membaca, luangkan masa untuk bercerita dengan Allah.

Ceritakan tentang betapa bersyukurnya kita hari ini, ceritakan tentang impian dan hajat kita untuk hari esok. Ceritakan tentang segala-galanya.

Percayalah, saat kita bercerita dengan hati yang khusuk dan penuh rendah diri, air mata pasti mengalir. Air mata kesyukuran, air mata kehambaan....

Selamat Bercerita dari hati =)

Sekian, coretan Cerita Huda hari ini,

some_text







Post a Comment
Powered by Blogger.