Tawakal Kami Hari ini...

6:43 am
Salam Ramadhan ke 12 hari ini.

Hari ini ada urusan penting yang mendebarkan kepada seluruh keluarga huda.
Hari ini, anak saudara yang menghidap congentital heart defect, akan melalui prosedur ANGIOGRAM di IJN,KL.



Semalam abang huda ada kongsikan dengan lebih details heart defect yang di alami oleh anak beliau yang baru berusia 8 bulan.




Procedure angiogram ini agak berisiko, dan jika ada kegagalan, anak saudara huda mungkin terpaksa di bedah. >> RISK ANGIOGRAM <<


Pertama kali dalam sejarah keluarga huda, kami menghadapi saat yang mendebarkan ini.
Mak huda minta kami semua buat solat hajat agar urusan anak saudara huda dipermudahkan. 

Alhamdulillah, huda dah buat solat hajat dan hadiahkan yaasin pagi ini.
Hanya kepada Allah tempat kami bertawakal hari ini. Mohon kawan-kawan yang membaca coretan huda hari ini ,harap turut mendoakan anak saudara huda ini.

Huda nak kongsi kronologi bagaimana anak saudara huda boleh mengalami congenital heart defect ini.

Huda ingat lagi, tahun lepas, huda dan akak ipar mengandung sama-sama. Beza EDD dalam 4 minggu. Kami semestinya excited menanti kelahiran anak sulung abang huda dan akak ipar huda ini.

Akak ipar huda ada asma, pada usia kandungan dia 6 bulan (kalau huda tak silap la) , dia makan ubat , dan dia dapati baby tak gerak. 
Dia call huda, huda pula anggap ia perkara biasa, mungkin baby rehat ke apa. Tp firasat ibu kuat mengatakan ada sesuatu, maka akak ipar huda pun pergi check up.

Ok, huda nak kongsi pada semua bahaya ubat ketika mengandung, 

Dia kena tahan wad, dan doktor inform anak kandungan ada masalah jantung. Dan beliau terpaksa bersalin secara induce pada usia kandungan 38 minggu kerana ada masalah jantung pada baby.
Baby sihat, comel putih gebu. Tapi bila tengok tangan dan kaki, kebiruan. 

Cyanosis istilah perubatan untuk keadaan ini, menunjukkan kekurangan oksigen dalam darah.

Setiap bulan cek up dengan doktor pakar, dan bila usia 6 bulan, dah kena refer IJN.
Bila di IJN, macam2 procedure yang harus anak saudara huda lalui. Beliau juga di jangka perlu menjalani pembedahan secara berperingkat.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Abang huda adalah insan hebat , kuat dan tabah sebab itu Allah beri ujian sebesar ini.

Huda dan keluarga sentiasa berdoa tanpa putus putus untuk anak saudara huda yang seorang ini. Beliau tengah struggle untuk bernafas dan teruskan hidup.

Hanya kepada Allah kami bertawakal, dan kami serahkan segala urusan kepada Mu Ya Allah yang Maha Berkuasa.

Sekian coretan cerita huda hari ini. Pesanan huda bagi anda yang mengandung, elakkan ubat ubatan dan amalkan kehidupan yang sihat demi kesihatan bayi dalam kandungan.

some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.