Tangan Ajaib!

10:40 am
Alhamdulillah,,Ramadhan ke 9, hari jumaat yang penuh keberkatan hari ini.

Hari ini huda nak bercerita tentang TANGAN AJAIB!

Kita semua boleh memiliki TANGAN AJAIB ni tau.
Tangan ajaib ini bermakna tangan menghulurkan bantuan samada wang ringgit, atau bantuan fizikal seperti tolong orang angkat barang.



Kenapa huda gelarkan TANGAN AJAIB?


Kita tak tahu bila dan dimana ada orang yang berdoa pada Allah yang meminta dipermudahkan urusan hidup mereka.

Tangan kita yang memberi ibarat TANGAN AJAIB buat mereka yang memerlukan, kadang kala mereka tidak meminta- minta walau hakikatnya mereka sangat memerlukan.

Keajaiban itu datang dari Allah. Allah yang buka pintu hati kita menghulurkan tangan kepada orang yang memerlukan. Tangan Ajaib hanyalah perantara untuk memakbulkan doa mereka yang memohon pertolongan dari Allah.

Hari ini kita menjadi tangan ajaib untuk orang lain, mungkin satu hari nanti kita pula menanti tangan ajaib yang dikirimkan oleh Allah untuk kita.

Huda mempunyai impian untuk menjadi tangan ajaib kepada ramai orang. Seronoknya dapat menjadi tangan yang di atas, tangan yang memberi. Sudah puas rasanya menjadi tangan dibawah, menerima berbagai sumber tangan ajaib dari ibu bapa, keluarga dan sahabat sahabat, guru guru, mentor dan ramai orang yang Allah datangkan untuk membantu huda.

Hari ini, huda menjadi tangan ajaib untuk anak- anak huda yang kecil dan sentiasa perlukan sentuhan tangan ajaib ini untuk membesarkan mereka.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, Allah makbulkan doa huda untuk memiliki tangan ajaib yang membantu ramai orang tanpa syarat. Kerana kita adalah hamba Allah, tugas kita laksanakan amanah yang Allah sampaikan melalui ilham kita membantu orang lain.

Alhamdulillah, hampir 2 tahun huda menjalankan bisnes Shaklee, huda telah menjadi tangan ajaib kepada ramai orang yang perlukan produk Shaklee seluruh Malaysia, Sabah Sarawak,tidak kira usia dan bangsa. Pelbagai masalah kesihatan huda berjaya bantu dengan ilmu dan produk Shaklee yang terbukti berkesan,selamat dan semulajadi.

Alhamdulillah, semoga niat huda yang satu, nak membantu orang lain sihat dan berjaya dengan Shaklee dipermudahkan Allah. Huda memohon dan semestinya huda menanti tangan ajaib yang bakal Allah kirimkan pada huda pada saat yang terbaik kelak.

I'm really believe in MIRACLE, because miracle only happen for those who believe.
Worry Ends when Faith Begins. :-)

Sekian coretan cerita huda hari ini. Lihat tangan kita, dan niat agar tangan ini menjadi tangan ajaib untuk memberi manfaat kepada orang lain, Niat hanya Kerana Allah. 

p/s - Terima Kasih kak N yang memberi inspirasi kepada huda untuk menjadi tangan ajaib seperti kak N.


" Saya mahu mereka ini nampak keajaiban Allah. Saya melatih jiwa saya memberi makcik cleaner tak kira bangsa RM50 bila saya ke tandas awam. Saya melatih memberi pakcik guard mana2 yang saya rasa kasihan pada mereka, maklum gaji mereka bukan besar. Saya melatih menyediakan satu jumlah duit utk di sedekahkan pd golongan asnaf. Saya melatih memberi makan kepada anak-anak yatim. Saya menjadikan duit itu penghubung kasih sayang saya dan arwah abah. Benar saya nampak hasil keajaiban ini semua dalam bentuk rezeki. Sedekah yang berterusan adalah ibarat satu putaran galaksi. Ibarat satu pusingan darah dalam sistem. Ibarat satu aliran air sungai yang berterusan. "

some_text

No comments:

Powered by Blogger.