Seleraku tertinggal diKampung!

6:34 pm
Alhamdulillah, Ramadhan ke 6 hari ini, ada lagi sejam menanti waktu berbuka. Huda luangkan masa seketika untuk tinggalkan nota kehidupan di sini.
Hari ini huda berpuasa dan bertenaga TANPA bersahur dengan nasi, lauk seperti sebelumnya.
Huda sangat tak berselera waktu sahur pagi tadi. Alhamdulillah, Shaklee ada, penyelamat huda.
Huda rasa rindu kampung, rindu mak abah. Huda memang kalau homesick, memang tak selera makan. Oh, Seleraku tertinggal dikampung! 

Ok, jangan dilayan sangat, dah jadi mak orang stil mengada-ngada, hehe =)
Juadah sahur huda pagi tadi adalah 2 Minuman Hebat dari Shaklee!
Huda bancuh segelas Performance Drink, Segelas ESP+ Susu dan minum air masak.
Performance Drink pastikan badan huda sentiasa terhidrat dengan memastikan elektrolit dalam badan seimbang. 
ESP Shaklee pula pastikan badan huda sentiasa dan bertenaga, dan ia juga MILKBOOSTER huda. Maka, walau bersahur dengan 2 gelas minuman ini sahaja cukup untuk pastikan huda kekal bertenaga, dan penyusuan lancar. 
Alhamdulillah, hari ini huda bertenaga kemas rumah, vacuum habuk, kemas barang mainan anak-anak yang kemas seminit, lepas itu sepah semula. 
Petang lepas asar, masih bertenaga menyampaikan tazkirah Ramadhan untuk usrah. 
Bagi sesiapa yang malas nak bersahur, atau tidak berselera waktu bersahur macam huda, boleh dapat Performance Drink dan ESP Shaklee dari huda. Insha Allah, huda akan bantu dan kongsi ilmu nutrisi sepanjang puasa untuk pastikan kekal sihat bertenaga.
Ok, sekian coretan huda hari ini. Selamat berbuka dan nikmati makanan yang sihat dan berkhasiat. Health is Wealth.
some_text

No comments:

Powered by Blogger.