Sakitnya Tuh Disini!

11:57 pm
Hari ini huda nak cerita mengenai satu pengalaman yang membuat huda terasa.

Rasa sakitnya tuh disini! Di dalam hatiku.

Pernah tak anda alami satu situasi, orang kutuk anak anda hanya kerana dia agak hyperaktif dan tak reti patuh pada arahan.

Dan orang sekeliling melabelkan anak anda degil hanya kerana mereka rasa geram dan marah kerana anak anda tidak ikut apa yang mereka suruh.

Kata yang keluar dari mulut adalah doa. Maka awasi apa yang anda lontarkan.
Jujur huda sangat terasa, dan huda terima kasih Allah bagi pengalaman ini supaya huda tak buat pada orang lain.

Sebab huda tahu betapa sakitnya hati seorang ibu bila orang lain mengata dan memburukkan anak kita.
Budak- budak, ada yang baik ada yang kurang baik. Ada yang aktif, ada yang slow dan ada pula yang hyperaktif.
Rezeki anak Allah bagi dan anak juga ujian untuk kita didik sebaiknya.




Huda dan suami memang amalkan Positive Parenting.
Didik anak dengan kata-kata positif, dan penuh kasih sayang.
Namun bila ada orang persoalkan kami manjakan anak kami, kami terima teguran. Tapi maaf, kata - kata negatif tiada dalam kamus hidup kami. Kami sentiasa berfikiran positif dan bertindak seperti orang positif.

Huda pujuk hati yang sakit dengan kata kata ustaz Don .

Maka biarlah orang lain mengata dengan marah,menyampah atau sebagainya. Bagi huda, anak huda tetap anak soleh, anak genius ,bertaqwa dan beriman.
Semoga coretan huda kali ini memberi peringatan pada semua ibu bapa, jangan cepat melatah bila orang mengata anak kita, dan jangan sibuk mengata anak orang lain. Hati ibu terlalu rapuh untuk menanggung sakitnya.

Sekian coretan ceritahuda.com hari ini.


some_text

Post a Comment
Powered by Blogger.