Persediaan Puasa Esok!

12:00 am

Alhamdulillah, hari ini huda bangun bangun awal, pukul 4 pagi. Selesai solat, huda menulis blog sebentar sementara menunggu waktu azan subuh.

Sebenarnya, en.suami dah kejutkan huda bangun pukul 2 pagi tadi, tapi biasalah, anak-anak turut bangun bila huda bangun dari katil. Maka kena tidurkan anak-anak dulu, huda pun terlelap sekali.

Alhamdulillah, Allah sedarkan huda dari tidur pukul 4 pagi tadi. Rasa lain bangun pagi tadi. Seolah-olah Allah beri kekuatan luar biasa untuk huda lawan rasa mengantuk. SubhanaAllah.

Mungkin ke sebab huda makan Ostematrix Shaklee malam tadi? Ostematrix Shaklee memang membantu untuk huda tidur lena dan bangun lebih segar sebab ia membantu badan huda relax ketika tidur. Ostematrix Shaklee adalah asbab sahaja, segala berlaku dengan izin Allah jua.

Harapnya huda dapat kekalkan momentum bangun pukul 4 pagi selama sebulan sebab esokkan kita puasa. Seronoknya puasa tahun ini, sebab puasa berempat. Tahun lepas bertiga sahaja, Huda, Afiz dan Arif. Tahun ini ada Arif Hakim. Semestinya cabaran berpuasa dan dalam masa menyusukan baby Arif Hakim yang berusia 8 bulan dan melayan karenah Arif Haikal yang berusia 2 tahun 9 bulan ini menuntut kesabaran huda. Huda dah bersedia fizikal dan mental, dan berdoa Allah mudahkan.




Apa Persediaan Puasa Esok?

Pertama sekali, huda wajib pastikan supplemen untuk penyusuan cukup. Huda kena start makan malam ini dengan sedikit ubahsuai waktu makan sebab berpuasa. Tahun ini tahun ketiga berpuasa sambil menyusukan baby. Huda wajibkan diri ambil suplemen penyusuan sebab huda memang tak beli langsung susu formula untuk baby hakim. Niat memang nak eksklusif penyusuan baby hakim. Insha Allah, huda langsung tak risau, susu merudum ketika puasa, sebab huda ada ilmu penyusuan yang mantap untuk pastikan "supply" susu ibu sentiasa cukup.



Kedua, pastikan suplemen "terawih" mula di amalkan bermula malam ini. Huda terawih di rumah sahaja sebab kena jaga dua anak syurga ini. Huda akan pastikan huda bancuhkan secawan Performance Drink untuk en.suami. Penting sangat ambil minuman ini sebelum terawih, sebab nak pastikan badan segar dan bertenaga, maka kesannya kita lebih fokus dalam solat. Takde la, asyik menguap jer dalam solat.



Ketiga, bab makan lagi, hehe. Juadah bersahur esok mesti dah siap bahan-bahan semua malam ini. Huda wajib ambil makanan berat untuk puasa, sebab tak nak terkena gastrik. Tips penting tau untuk semua, lewatkan waktu sahur supaya siang hari nanti perut kita masih ada makanan, maka dapat elakkan gastrik. Penting ambil sumber protein ketika sahur, sebab protein ini glycemix index rendah, maka paras gula dalam darah akan stabil lebih lama, rasa kenyang pun lebih lama. Huda pastikan huda ambil ESP waktu sahur nanti.



Keempat, huda kena siapkan pakaian solat en.suami dan juga pakaian solat huda. Nak sambut pesta ibadah kena la kita pakai cantik-cantik.


Kelima, huda kena pastikan Al-Quran di letak ditempat dekat dengan tempat solat, dan siapkan jadual untuk khatam Quran tahun ini. Apabila Al-Quran depan mata dan berada ditempat kita mudah ambil, kita lebih mudah untuk membaca sebaik sahaja selepas solat.

Ok, huda kongsi lima persediaan puasa ini dulu. huda akan sambung next entry yer.

Sekian coretan ceritahuda.com hari ini. Selamat berpuasa untuk semua!

some_text


No comments:

Powered by Blogger.