Misi Hentikan Susu Formula untuk Arif!

7:10 am
Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah.
Syukur Allah hadiahkan kita ruang dan peluang menikmati Ramadhan untuk hari keempat hari ini.
Huda doakan amalan kita dan kualiti puasa kita makin bertambah baik.

Hari ini huda nak cerita pasal misi huda nak berhenti bagi arif susu formula.



Arif sekarang umur 2 tahun 9 bulan. 1 tahun 4 bulan huda bagi susu ibu eksklusif, tapi masa umur arif 1 tahun 4 bulan huda mengandung dan pernah pengsan dan bleeding, huda stop sekejap susukan arif.

Start hari itu lah, huda bagi arif minum susu formula. 
Apa yang huda perasan lepas dia minum setelah hampir 1 tahun setengah ini, gigi arif cepat rosak, dia jadi picky eater, dan aktif semacam.
Rupa-rupanya, dalam susu formula ini ada transfat dan hidden sugar yang memberi kesan negatif pada kesihatan kanak-kanak.



Pakar kanak-kanak juga tidak sarankan kanak-kanak diberi susu formula. Susu ibu juga yang paling terbaik, sebab bebas bahan bahan yang memudaratkan seperti transfat dan hidden sugar.



" satu kajian yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik Universiti Sydney berkenaan Glycemic Load (GL)dalam growing up milk powder (GUMP) di Malaysia. Penyelidik ini mengkaji GL dalam GUMP yang berbeza dengan gula tambahan yang berlainan. Apa yang mengejutkan - kajian ini mendapati kandungan gula dalam GUMP di Malaysia terlalu tinggi "


Sumber : Brand-Miller J, Atkinson F, et al. Excessive added sugars in children’s milk products; hidden risks for health. Proceeding of the Nutrition Society of Australia, 2011, 35:41. http://www.amj.net.au/index.php?journal=AMJ&page=article&op=viewFile&path%5B%5D=1153&path%5B%5D=880
Maka, huda nekad nak berhenti beli susu formula dan nak arif makan makanan sihat dan dapat kalsium, vitamin dan mineral penting melalui pemakanan.

Hari ini, hari pertama huda cuba jayakan misi ini. Setiap kali dia minta nak susu, huda akan offer makanan favourite dia, agar dia lupa nak minum susu.
Setengah kilo anggur habis arif makan sebab tak dapat minum susu hari ini..
Huda harap huda mampu nak handle arif sampai dia betul-betul dapat tinggalkan habit minum susu dalam botol.

Sekian coretan huda hari ini. Sama-sama kita berikan terbaik anak kita, sebab anak adalah Amanah Allah. Perlihara amanah ini sebaiknya kerana mereka adalah aset kita dunia akhirat.

some_text



2 comments:

  1. salam huda, bole try replace dengan susu fresh or susu kambing..cuz kanak2 perlu susu selagi dia mahu. penah terbaca kat satu notes doctor sbb susu is different even kita substitute makanan yg berkalsium. nnt if i found the article will share with u...apepun kita ikhtiar yg terbaik...selebihnya kita serah pada Allah... :)

    ReplyDelete
  2. Yup huda memang bagi minum susu selain susu formula. Arif suka fresh milk, dan susu soya.

    Misi ini nak stop arif minum susu dalam botol. Sekarang Alhamdulillah, dia dah tak minta minum susu kat botol. huda belikan fresh milk jer.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.