Mama, over here!

11:44 am
Hari ini huda nak kongsi al-kisah tengah malam tadi.

Pukul 2 pagi, huda bangun untuk solat. Arif masih belum tidur. Maka, dia pun sibuk nak solat sebelah huda. Arif ikut setiap pergerakan solat dan cuba meniru apa yang huda baca.

Alhamdulilah, huda syukur sangat bila arif sendiri yang nak solat tanpa perlu di suruh.
Lepas solat, arif ambil buku "INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT".
Arif selak helai demi helai buku tersebut dan berhenti pada satu muka surat.

Huda hanya memerhati sambil berzikir, dan arif pegang tangan huda dan sebut "Mama, over here!"

Cuba teka arif tunjuk apa dalam buku tersebut?

SubhanaAllah, Arif tunjuk gambar Kaabah, dan sebut ulang kali ,  "Mama, over here!"



Ya  Allah, adakah Arif cuba bagitahu dia ingin pergi ke sana? 
Ya Allah, mengalir air mata huda. Huda terus tadah tangan, doa sepenuh hati, tunaikan lah impian anakku ini.

Insha Allah, anakku Arif Haikal, kita pasti akan menjadi tetamu Allah suatu hari nanti sayang. Mama janji , mama usaha rajin-rajin demi tunaikan impian anak mama ini.

Sampai sekarang huda teringat detik ini. Detik arif tunjuk gambar Kaabah dan sebut  "Mama, over here!" berulang kali. Detik ini seolah menjadi "push factor" untuk huda berusaha tanpa kenal erti putus asa, yang huda tahu, huda KAYA dan BERJAYA demi anak-anak huda.

Terima Kasih Ya Allah. Anak-anak adalah inspirasi huda untuk terus mendaki ke puncak kejayaan dunia dan akhirat.

Sekian, coretan cerita huda hari ini.

some_text


Post a Comment
Powered by Blogger.