Kenapa Mudahnya Dia Membantu Walaupun Sibuk?

10:36 am
Hari ini huda nak kongsi cerita seseorang yang suka sangat membantu orang lain walau tengah sibuk.

Masa di universiti dulu, si dia ini rajin tolong orang dan memang ringan tulang.
Sebelum kelas bermula, hampir setiap hari dia yang tolong set up laptop dan projector. Bila ada masalah teknikal, dia adalah antara orang pertama yang bangun dan membantu.



Sebab dia selalu ke depan dan bantu apa yang perlu, buat huda kenal siapa dia. Kalau tak huda tak tahu pun kewujudan dia dalam kelas.

Dia juga selalu tolong pelajar foreigner yang perlukan bantuan. Jadi driver, tolong hantar pelajar tersebut pergi shopping dan lepas shopping jemput pulak tu.

Itu masa zaman belajar. Huda hanya berkawan dengan si dia.

Sekarang si dia sudah menjadi suami huda.

Dia memang sibuk dengan tuntutan urusan bisnes yang semakin bertambah. Memang sibuk.
Namun dalam kesibukan dia, dia tak pernah ucapkan " saya sibuk, tak dapat nak tolong" jika huda minta sesuatu, dan jika orang lain yang minta bantuan.

Dia sentiasa peruntukkan waktu untuk membantu walau huda tahu mesti dia fikir kerja yang harus disiapkan. Namun, wajah dia selalu tenang, tiada kekalutan walau sibuk.

Buat orang lain selesa bila minta bantuan dari dia. Huda pula yang kalut terlebih sebab terlalu risaukan workload dia yang banyak, tapi dia sibuk tolong orang lain.

Semalam, dia habiskan banyak masa untuk membantu tunaikan amanah orang lain, ke hulur ke hilir mencari barang. Huda pun terjebak sekali semalam. Dalam kepala ligat fikir, kerja melambak menanti di rumah untuk disiapkan.

Kenapa dia suka membantu walau sibuk?

Sebab dia ada seorang yang pemurah. Bab senyum memang dia suka senyum, maka memang dah jelas dia seorang pemurah. Menolong orang juga adalah sedekah. Sedekah masa dan tenaga. 
Di dunia mungkin ada yang hargai atau tidak, tapi di akhirat inshaAllah, saham akhirat Allah sahaja yang tahu betapa banyaknya dan selayaknya yang dia dapat.

Huda banyak belajar dari dia. Dia sememangnya mentor dan guru terbaik huda sejak dari zaman universiti dulu.

Sedekah tanpa syarat, membantu dengan hati yang ikhlas.
Bukan penghargaan manusia yang kita cari, tapi keredhaan Allah yang kita utamakan.

Sama juga dalam bisnes Shaklee yang huda usahakan, huda niat sedekah ilmu sains dan kesihatan yang huda ada, dan kongsi produk terbaik di dunia untuk bantu orang lain jalani kehidupan yang lebih sihat.

Bila ada yang menyindir bila huda berkongsi kebaikan produk, dengan tanggapan huda sibuk menjual produk sahaja. Huda tarik nafas dan hindarkan rasa kecil hati, tapi kuatkan niat huda yang satu. Huda membantu hanya kerana Allah.

Hadis ni menjadi pegangan huda agar terus berkongsi ilmu tanpa jemu dan dengan niat yang satu.

‘Sesiapa yang meringankan kesusahan seorang Mukmin ketika di dunia, Allah akan meringankan kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat dan keaiban)nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya.’ (Hadis riwayat Muslim)

Indahnya bila kita membantu, Allah hadiahkan rasa gembira dan bahagia. Alhamdulillah.


Sekian coretan ceritahuda.com hari ini. Jom kita sama-sama membantu walaupun kita sibuk dengan urusan dunia yang tidak pernah akan habis.

some_text

No comments:

Powered by Blogger.