Istiqamah - Mudah Jika Kena Caranya!

11:25 am
Salam Ramadhan ke 13 hari ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 
Sudah 13 hari Ramadhan berlalu dan hari ini penghujung bulan Jun. Cuba flash back, adakah kita beristiqamah dalam memelihara puasa kita? Adakah kita beristiqamah memelihara kesihatan kita?
Istiqamah atau kita biasa sebut KONSISTEN, maksudnya amalan yang tidak berputus-putus. Bukan hari ini buat, esok tak buat, lusa buat. 
Mentor huda selalu pesan suruh konsisten. Huda suka kata-kata beliau yang selalu memberi inspirasi pada huda : 
" Amalan ini perlu berterusan kerana ia adalah ibarat putaran galaksi. Bila salah satunya dibuat mcm makan colekat choc fudge kejap ada kejap tak ada, maka pincanglah sistem galaksi tersebut. Bila pincang hasilnya huru haralah hidup. Kalau nak rezeki hebat kena buat istiqamah . Bertukar2 bisnes bukan satu solusi untuk berjaya."

Istiqamah ini bukan sahaja pada amalan kita mencari keredhaan Allah, kita juga mesti istiqamah dalam berusaha mencari rezeki Allah, seperti bisnes yang huda lakukan. 

Selain itu kita mesti istiqamah dalam menjaga kesihatan kita. Ada customer huda yang amalkan supplemen Shaklee tidak konsisten, kemudian salahkan produk tak berkesan. 

Konsisten adalah "KEY" atau kunci utama dalam keberkesanan sesuatu produk.  Produk Shaklee ini "always walk the talk" maka jika ada yang buat fitnah macam-macam, nampak sangat sifat mereka yang tidak beristiqamah tu. 

Alhamdulillah, selama 13 hari berpuasa ini, huda amalkan secara konsisten produk Shaklee untuk pastikan breastfeeding journey huda dipermudahkan Allah. Hasilnya memang best, hanya orang yang konsisten makan sahaja tahu keberkesanan produk terbaik di dunia ini.

Istiqamah ini akan jadi mudah bila kena caranya, dan ia akan jadi sukar bila kita tidak tahu bagaimana nak beristiqamah dalam beramal.

Maka, huda nak kongsi 5 Tips Mudah untuk kita ISTIQAMAH.

1) DOA - Mulakan setiap amalan kita dengan doa agar Allah tetapkan hati kita agar sentiasa beristiqamah dalam apa jua yang kita amalkan demi kehidupan dunia dan akhirat yang baik.

“Ya Rabb Yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” 
[HR. At-Tirmidzi]

2) BERUSAHA TANPA TAPI, LAKUKAN TANPA TAPI

Usahakan walau sesukar mana keadaannya untuk konsisten beramal. Jangan beri alasan walau sekali, contoh, takpe la hari ini tak sempat, hari ini malas la, esok la buat. Bila kita dah start beri alasan hari pertama, kita akan dijangkiti VIRUS MALAS. Susah tau nak ubat virus ini. 

3) TARGET

Kita mesti ada target yang realistik supaya kita sentiasa bermotivasi untuk berusaha tanpa alasan.
Set target yang kita mampu capai, dan tidak membebankan kita untuk lakukan secara konsisten setiap hari.

4) MUHASABAH DIRI

Luangkan masa setiap hari sebelum tidur, fikir apa yang kita sudah lakukan dengan 24jam yang Allah hadiahkan kita hari ini?

Kita ada ilmu untuk beramal, tapi kita selalu gagal untuk beramal dengan ilmu yang Allah anugerahkan pada kita. 

Tersentap bila baca poster ini di wall FB Dr Azizan, macam tahu-tahu jer huda bincangkan topik ini hari ini.

5) X-FACTOR
X-Factor atau PUSH FACTOR untuk kita pastikan kejayaan, keberkatan hidup itu milik kita supaya insan yang tersayang bahagia dunia dan akhirat.
Bagi huda, push factor huda adalah suami dan anak-anak. Huda tak boleh malas, tak boleh bagi alasan untuk sedapkan hati bila tidak konsisten. Sebab huda nak beri mereka yang terbaik di dunia dan akhirat. 
Huda akan wajibkan diri konsisten makan supplemen setiap hari, sebab huda kena sihat untuk jalankan tugas sebagai isteri dan ibu. 
Huda kena sihat untuk laksanakan segala kewajipan yang Allah fardhukan dengan sempurna.
Huda kena istiqamah, tiada alasan untuk tidak berusaha. Usaha mencari Redha Allah agar kehidupan di dunia berkat dan kehidupan akhirat bahagia tanpa penghujungnya.
Sekian coretan ceritahuda hari ini. Jom kita semua konsisten dan istaqamah dalam setiap amalan kita, niat yang satu hanya kerana Allah.
some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.