Imun Pada Duit!

7:51 am
Alhamdulillah, hari ini 10 Ramadhan, huda bermusafir bersama keluarga. Sepanjang perjalanan, ada pengajaran yang huda dapat.

Huda nak kongsi cerita mengenai DUIT. Huda kagum sebenarnya, bila ada jutawan hidup dalam keadaan serba kekurangan pada pandangan huda, tapi itu kehidupan yang serba cukup untuk mereka.
Mungkin ini yang dinamakan IMUN PADA DUIT.



Walau mempunyai duit berjuta, tidak semestinya seseorang itu harus memiliki rumah mewah, kereta mewah, dan macam-macam lagi kemewahan dunia.

Ada duit tapi disalurkan pada saluran yang lebih utama, saham akhirat yang akan kekal selamanya. Menjadikan kemewahan dunia tiada erti, cukup sekadar memenuhi keperluan bukannya kemahuan.
Apa yang huda dapat pengajaran dari kehidupan jutawan ini, kecukupan hidup buat kita bersyukur, dan rezeki yang melebihi keperluan kita adalah hak orang lain yang Allah salurkan pada kita. 

Bukannya duit berjuta untuk kemewahan diri sendiri yang kelak akan disoal di akhirat nanti.
Sifat IMUN PADA DUIT, buatkan si jutawan tadi tidak "jakun" nak beli itu ini mengikut nafsu dunia.

Huda lihat tiada beza, sebelum dan selepas beliau mendapat duit berjuta itu.
Agaknya bagaimana kita jika dapat duit berjuta? Adakah kita IMUN PADA DUIT?

Sekian coretan huda hari ini.

some_text


Post a Comment
Powered by Blogger.