Happy Birthday Sayang

3:00 pm

Cek kalendar hari ini, 13 Jun 2015! Hari ini ulangtahun kelahiran seorang yang huda sayangi. Seorang yang jadi teman setia, kawan baik, rakan belajar, rakan kongsi bisnes, suami dan ayah kepada anak-anak huda.




Syukur Alhamdulillah, Allah hadiahkan pada huda seorang suami yang sangat baik dan sememangnya huda wajib hargai beliau sebaik mungkin.

Apa yang ingin huda buat sempena harijadi Raja dihati huda hari ini?

Huda nak buat suprise "birthday party getaway" dan buat macam ini.




Sweetkan?

Tapi ini impian yang masih belum dapat dicapai, sebab banyak urusan yang harus kami selesaikan hari ini, maka tidak boleh nak berangan pergi holiday.

Ok, part suprise birthday getaway, huda tak dapat buat lagi, letak tepi dulu impian ini, huda teruskan impian seterusnya.

Apa hadiah huda nak bagi birthday boy hari ini?


Ini dia hadiah untuk birthday boy! Semua lelaki suka main game, maka huda yakin 100% suami huda suka sangat hadiah ini. Selepas perah otak buat kerja release stress dengan main game memang terapi terbaik!

Ok, selain hadiah yang best, huda mestilah masak sesuatu yang best juga hari ini.

Ini menu huda nak masak ayam panggang seekor. sebab suami huda sangat suka makan ayam.

Nak masak ayam ala-ala Kenny Rogers. Yummy!



Ok, hari ini kira "cheat day" untuk kami. Kita sama-sama makan sedap-sedap sebab hari ini istimewa.

Pesanan huda untuk semua, hargai suami anda, kerana dia adalah hadiah dari Allah untuk kita. Hargai setiap masa tau, bukan hargai time hari jadi, time anniversary jer yer.
Bila kita saling hargai pasangan masing-masing, rumah tangga kita pasti lebih bahagia.



Sekian coretan huda hari ini. Happy Birthday kepada semua yang sambut birthday hari ini.

some_text

Post a Comment
Powered by Blogger.