Diari Ramadhan Huda - Day 3

9:58 am
Alhamdulillah, Ramadhan ke 3 , dihari sabtu.

Hari ini huda " off day". Huda tak masuk SoHo untuk bekerja, tapi huda luangkan masa untuk berehat dan bertafakur.



Kadangkala memang penat asyik kejar dunia, dan kita perlukan ruang untuk diri sendiri dan anak- anak yang sememangnya perlukan perhatian dan kasih sayang.

Maka hari ini huda nak kongsi tentang didikan anak-anak bermula dari diri kita.

Huda masih mencari dan belajar ilmu parenting, lebih tepat positive parenting. Impian huda nak anak huda membesar dalam suasana yang positif, suasana tenang dan iman yang kuat di hati mereka.
Impian huda hanya satu, nak bawa keluarga ke syurga.

SYURGA. satu destinasi yang pasti, yang kekal abadi.

Huda bersyukur, huda dan suami membuat keputusan tinggal di Kuala Terengganu dan tinggalkan kehidupan dulu yang sibuk , di KL.

Alhamdulillah, suasana di sini lebih tenang, dan kami lebih tenang kerana kami bekerja sendiri, usaha bisnes bersama anak-anak disisi.

Jika huda masih di KL, mesti huda seperti orang lain, hujung minggu akan ke shopping mall, tengok wayang, makan di luar dan mendedahkan anak- anak kepada permandangan yang tidak elok seperti wanita tidak menutup aurat di merata tempat.

Alhamdulillah, huda di sini.
Waktu huda bercuti dari urusan bisnes, huda bawa anak-anak ke pantai, lihat pemandangan indah ciptaan Allah. Anak - anak bermain pasir , melatih mereka menjadi kreatif dan berimaginasi.

Alhamdulillah huda di sini.
Dulu huda suka tengok handbeg mahal, dan target untuk beli. Sanggup saving untuk dapatkan handbeg baru. Nafsu wanita, memang suka shopping kan?

Tapi, bila huda di sini, berkawan dengan kawan-kawan yang beriman, suka beramal, bukan suka membazir. Nafsu shopping seakan beransur pudar. Huda tidak lagi teringin nak beli handbeg mahal. Nak tengok pun rasa macam dah tak berminat. Sekarang ni huda hanya bawa beg yang diberi hadiah oleh orang lain. Handbeg last yang huda beli di Daiso, OU, cuma RM5.00, berbeza dulu huda pernah bazirkan berpuluh-puluh kali ganda untuk beli handbeg.

Syukur yang teramat huda disini, memilih bekerja sebagai surirumah, WAHM with Shaklee. Belajar ilmu dengan mentor hebat, mendidik huda jadi ibu yang terbaik dalam mendidik anak-anak, jadi isteri solehah, dan seorang usahawan muslimah yang mengejar syurga Allah.

Benarlah, dengan siapa berkawan menentukan peribadi kita, dengan siapa kita berkahwin menentukan akhlak kita sebagai isteri dan ibu.

Huda sangat berterima kasih pada suami huda yang berjaya mendidik huda jadi isteri solehah, memberi inspirasi kepada huda untuk menjadi ibu solehah untuk anak-anak huda.

Huda sangat berterima kasih pada kak N, mentor huda dalam bisnes Shaklee yang mengubah pemikiran huda dan membantu huda mencapai kejayaan dunia dan akhirat, Insha Allah.
Perjalanan huda menjadi ibu solehah dalam mendidik anak-anak soleh masih dalam proses pembelajaran dan perlukan praktikal yang lebih lagi.

 Doa huda, agar Allah terangi jalan yang huda pilih, permudahkan segala yang sukar bagi kami dan lapangkan segala yang sempit bagi kami.

Perjalanan menuju kejayaan diteruskan dengan bantuan Allah.
Hanya Allah yang SATU , tempat kita bergantung segalanya.


Sekian coretan ceritahuda.com hari ini. Selamat berpuasa dan manfaatkan bulan ini dengan didik anak kita hormati bulan mulia ini.

some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.