Diari Ramadhan Huda- Day 2

10:27 am
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Ramadhan kedua yang penuh keberkatan di hari Jumaat.

Suasana sepanjang Ramadhan kedua sangat damai dan tenang.



Hari kedua puasa, huda sedar agak lewat, pukul 4.30 pagi.

Namun , Alhamdulillah masih sempat solat sunat sebelum nak bersahur pukul 5. 

Menu sahur sama seperti berbuka semalam.

Alhamdulillah, anak-anak lena tidur, huda dapat solat dan baca Al-Quran.
Lepas selesai, huda masuk SOHO, berjaya siapkan ceklist pertama.

Pukul 9 anak-anak bangun, siapkan anak-anak dan bawa mereka ke pasar. Beli barang dapur untuk juadah berbuka nanti.

Arif sekarang dah pandai minta macam-macam, pagi tadi bangun tidur minta BANANA, siap eja lagi.Itu yang huda keluar terus pergi pasar. 

Mahalnya pisang sekarang ni, huda beli sesikat pisang dengan harga RM 13.00 Takpe la demi anak, huda bayar jer, yang penting anak happy =)

Ok, cek list untuk Khatam AL-Quran hari kedua, tak capai target. Sebab huda luangkan masa untuk baca Al-Kahfi sempena Jumaat. InshaAllah, huda akan usaha baca untuk "catch-up" target yang tidak mampu di capai hari ini.

Ceklist, E-usrah MommyGenius huda berkongsi tentang Surah Al-Kahfi.

Ceklist Solat Sunat, Alhamdulillah,semua full hari ini. Paling best huda berjaya solat awal waktu untuk subuh, zuhur , asar dan maghrib. Cuma isyak, anak-anak mengamuk sebab mengantuk. 

Huda try tips >> ATASI ANAK GANGGU SOLAT << memang menjadi, Alhamdulilah dengan izin Allah jua.

Juadah buka puasa untuk Ramadhan kedua ini, huda masak sayur kangkung , ayam masak lemak dan popia.  Moreh pula, makan murtabak Raja.

Ok sekian coretan huda di hari kedua Ramadhan ini. Selamat berpuasa semua =)


some_text

No comments:

Powered by Blogger.