Diari Ramadhan Huda- Day 1

12:00 am


Alhamdulillah,Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Syukur setinggi-tinggi syukur. Huda dah berjaya berpuasa pada 1 Ramadhan tahun ini.

Tanda kesyukuran huda, huda nak buat diari istimewa pasal Ramadhan ini.



Diary Ramadhan Huda- Day 1

- Huda bangun pukul 3.30 pagi. Masuk dapur dulu untuk masak nasi. kemudian amik wuduk untuk solat. Aduhai, masuk bilik , baby hakim menangis. Huda pun terpaksa baring semula atas katil , susukan baby hakim dan terlelap sekejap.

Alhamdulillah, Allah kejutkan huda pukul 4.15 pagi. Ambil wuduk lagi sekali dan solat tahajud , terawih dan solat witir.

Pukul 5 pagi, bersahur bersama keluarga tersayang. Menu sahur kami adalah sup ayam dan telur dadar.
Lepas makan nasi, huda minum ESP campur dengan Cinch Coklat dan makan kurma. Alhamdulillah rasa kenyang sangat.

Azan subuh, suami huda pergi surau untuk solat jemaah,dalam hati nak ikut, tapi anak-anak kat rumah ini takde siapa nak tengokkan. Berkorban demi anak-anak.

Huda solat subuh dan niat membaca Al-Quran. Tapi lagi sekali baby hakim bangun, dan huda pun susukan dia, dia tertidur, huda pun tertidur.

Cabaran terbesar puasa ini adalah BABY HAKIM!

Huda memang niat nak solat awal waktu. tapi setiap kali lepas azan , baby tengah aktif, Huda pernah biarkan dia dan solat awal waktu. Tapi 2 kali solat huda terpaksa berhenti. Baby hakim main pintu sampai terkepit jari la, baby diri tak kuat lagi,panjat sana sini dan lepas tangan, lepastu jatuh.

Aduhai, makanya huda terpaksa batalkan niat nak solat, kena pujuk baby.
Huda kena tunggu suami balik masjid, baru boleh solat dengan tenang. Kadang-kadang lambat setengah jam atau lambat sejam dari waktu azan. Sedih juga bila target Ramadhan kali ini nak solat awal waktu tak mampu nak buat hari pertama ini.

Huda pujuk hati jangan sedih-sedih, Allah kan ada. Huda tadah tangan berdoa, hadiahkan pada huda keberkatan waktu supaya huda mampu capai target untuk solat awal waktu.

Ok sekarang huda nak update cek list khatam Al-Quran. Walaupun sibuk dengan urusan jaga anak-anak, memasak dan urusan bisnes, bulan ini huda MESTI rebut peluang yang Allah OFFER dengan usaha tanpa alasan untuk khatam AL-Quran.



Huda start awal. sehari sebelum Ramadhan sebab target nak khatam sehari sebelum syawal.
Alhamdulillah, happy sangat bila berjaya capai target dan tick symbol right di sebelah kotak setiap muka surat yang berjaya huda baca.

Seronok rupanya bila kita usaha nak khatam Al-Quran ni. Semoga Allah mudahkan urusan huda untuk teruskan sampai habis baca Al- Quran ini.

Ok, ceklist solat sunat sebelum dan selepas solat pun penuh hari pertama Ramadhan ini,

Ceklist E-Usrah MommyGenius pun huda dah sempurnakan. Hari pertama huda kongsi ilmu tentang niat kerana Allah dapat hindarkan riyak apabila beribadat.

Ceklist berikutnya, adalah menu berbuka yang sedap-sedap dan semestinya masak dengan penuh rasa cinta.

Hari pertama puasa , huda masak buat pertama kali dengan berpandukan resepi di internet adalah KERABU SOTONG. Alhamdulillah, resepi yang mudah dan menjadi kerabu sotong huda, boleh makan sampai ke sahur. Huda buat juga samosa ayam beriyani, suka sangat anak dan suami makan banyak.

Ok, sekian sahaja coretan ceritahuda.com hari ini. Esok huda sambung tulis diari ramadhan hari kedua pula. Selamat berpuasa semua =)

some_text

No comments:

Powered by Blogger.