Cukuplah Allah Bagiku!

6:14 pm
Alhamdulillah, hari ke 5 puasa yang penuh suka duka. Ujian tanda kasih sayang Allah. Maka bersyukurlah saat diuji.

Hidup ini pilihan, sebab there is always two sides of coin.



Maka, huda sentiasa ada pilihan, nak fokus pada perkara yang sedih, yang tak best atau nak fokus pada nikmat Allah yang tak terhitung banyaknya.

Maka, perkara yang tak best, huda tak nak kongsi. Perkongsian perkara tak best, ibarat kita recharge energy negative, kita akan komplain itu ini, sampai hikmah terjadi sesuatu perkara itu lenyap dari mata hati. Kita nampak kekurangan sahaja.

Ada satu kata-kata dalam buku The Magic yang huda baca hari ini, buat huda tak jadi nak komplain walau sesukar mana ujian yang datang.

" GRATITUDE IS RICHES, COMPLAINT IS POVERTY"

Maka, huda harap kita semua jauhi dari sifat suka komplain, salahkan orang lain dan asyik nampak keburukan jer.

Tahu tak, satu komplain kita buat, kita akan jarakkan rezeki datang pada kita.

Adakah kita sanggup komplain dan terpaksa bersabar menunggu rezeki yang semakin di tunggu semakin lambat, berpunca dari diri sendiri?

Buka minda, dan hati. Cari hikmahnya setiap berlaku sesuatu itu. Masih tak jumpa?

ALLAH dah pesan suruh SABAR DAN SOLAT apabila ada ujian. Huda yakin 100% setiap yang Allah aturkan untuk kita hari ini, adalah TERBAIK, walau pada kita rasa tak suka.


Huda selalu didik jiwa agar sentiasa berasa cukup. Cukuplah Allah Bagiku.

Dalam Surah Ali-Imran Ayat 124 , Allah menerangkan pada kita, kita akan berasa CUKUP, bila kita ada 2 sifat ini : SABAR dan TAQWA.

Maka, bila rasa tak cukup itu ini, dan cemburu dengan nikmat orang lain dapat sampai menghakis perasaan SYUKUR, cepat- cepat istigfar.

Allah Maha Sempurna, dan hidup ini adalah sempurna jika kita sentiasa merasa cukup, tak mengeluh dan komplain tentang kekurangan diri. Tingkatkan kesabaran dan ketaqwaan. Kita akan rasa manisnya bila berkata " Cukuplah Allah Bagiku"


Sekian coretan ceritahuda hari ini. Syukur, Allah bagi nikmat yang secukupnya yang huda perlukan untuk terus hidup bahagia bersama keluarga tersayang.

some_texte
Post a Comment
Powered by Blogger.