Cabaran Ramadhan yang mencabar!

3:27 pm
Alhamdulillah, hari ini kita dah masuk ke Ramadhan ke 11. Cepatnya masa berlalu, semoga kita lebih hargai dan gandakan amalan kita.

Ramadhan kali ini, semestinya mencabar, berganda mencabarnya sebab kena jaga Amanah Allah yang comel ni. Arif Haikal dan Arif Hakim.



Tak cukup tidur, tak sempat baca Al-Quran ikut timetable khatam quran, solat terawih tengah malam atau sebelum sahur, waktu berbuka dan bersahur makan dengan anak2. Hanya yang lalui sahaja tahu betapa mencabarnya.

Kadangkala, terasa penat sangat, maklumlah bulan puasa kan?
Tapi huda cepat- cepat ingatkan diri, supaya jangan marah anak2 dan jangan mengeluh, tapi tenangkan hati dengan ZIKIR FATIMAH.



Anak anak huda adalah Penyejuk Mata di dunia ini dan huda berdoa mereka akan memimpin tangan huda ke syurga kelak. Sejuk mata tengok anak-anak pakai serban ( mak baru balik umrah, belikan serban comel untuk Arif hakim) ,  Arif Haikal pula pakai jubah dan kopiah ( jubah hadiah dari ayah teh arif yang belajar di Mesir ). 




Huda akan cuba sedaya upaya memberi didikan agama pada mereka, membina benteng iman dan taqwa, agar bila mereka dewasa, mereka menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Impian huda nak dua orang putera huda ini menjadi tahfiz. Insha Allah, huda mahu Al-Quran tersimpan di dalam jiwa mereka.

Alhamdulillah, penyejuk mata huda ini sentiasa menjadi sumber inspirasi untuk huda terus berusaha menjadi yang terbaik. Mereka adalah hadiah dari Allah untuk huda dan suami.

Mereka jugalah menjadi X Factor untuk huda aktif kendalikan Bisnes Shaklee hanya dari rumah.
Mereka jugalah menjadikan huda rajin makan supplemen SET PENYUSUAN SHAKLEE setiap hari,demi pastikan nikmat kesihatan diri huda sentiasa terpelihara dan mereka membesar dengan susu ibu yang penuh khasiat.

Bila terfikir masa hadapan, cabaran Ramadhan yang mencabar ini, terasa ringan. Huda akan beri 100% perhatian kepada mereka, walaupun berpuasa. Jaga anak-anak pun dikira ibadah, insha Allah, ikhlas jaga amanah Allah ini, Allah pasti hadiahkan keberkatan waktu, huda pasti sempat khatam Al- Quran bulan Ramadhan ini dan lakukan amal ibadah lain semampunya. 

Sekian Coretan cerita huda hari ini. Pesanan huda kepada anda yang "sekapal" dengan huda, jangan cemburu dengan orang lain yang punya banyak masa untuk beribadah, kita susukan anak, jaga anak juga adalah ibadah, dan pastinya pahala di bulan Ramadhan ini berlipat ganda untuk kita.

some_text


Post a Comment
Powered by Blogger.