Beza Belajar untuk Exam dan Belajar untuk Memberi

3:32 pm
 Alhamdulillah, hari ini huda luangkan masa seharian menuntut ilmu di Seminar Anjuran Master Farah.


Seminar kali ini, huda belajar tentang sistem biologi dan bagaimana nutrisi mampu membantu atasi masalah kesihatan yang berkait dengan tubuh badan kita.

Ilmu yang Master Farah kongsikan hari ini, lebih kurang sama dengan ilmu yang huda belajar ketika di universiti dulu ( dulu huda ambil jurusan Sains Bioperubatan ).

Ilmu yang huda dapat hari ini, mungkin banyak huda dah tahu, tapi ada sesuatu yang memberi kesan berbeza pada huda.

Dulu huda belajar dan hafal buku Physiology , buku Pathology tapi fokus hanya untuk exam. Hanya kejar gred A+, hanya kejar Dean List setiap semester.

Hari ini, huda belajar Physiology dan Pathology , fokus untuk memberi ilmu ini kepada anak-anak didik MommyGenius,  dan membantu customer-customer huda.

Sangat berbeza kesannya walaupun ilmu yang sama.

Ada satu keistimewaan dalam seminar kali ini. Huda berjaya meningkatkan keyakinan diri untuk memberi konsultasi nutrisi kerana huda ada ilmu yang mampu memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Lepas seminar hari ini, huda wajib buat nota, macam masa belajar di universiti dulu. Supaya mudah huda nak beri konsultasi nanti. Setiap masalah kesihatan, Shaklee dapat membantu. Insha Allah dengan izin Allah jua.

Sekian coretan Cerita Huda hari ini.

some_text



No comments:

Powered by Blogger.