Berkongsi Kegembiraan Bersama

5:03 pm
Hari ini huda nak kongsi kegembiraan adik huda yang baru start semester dia CFS, IIUM.
Huda nak kongsi cerita ini dari awal.
Lepas result SPM keluar, adik huda mohon UPU, bidang yang dia idam-idamkan iaitu Senibina. Cita-cita dia nak jadi Arkitek.


Namun, tiada rezeki walau rayuan dibuat. Kemudian mak huda suruh dia mohon kolej dan ambil bidang agama. Adik huda baik dan dia ikut sahaja cadangan mak.

Tapi huda yakin. Adik huda mesti dapat masuk uia dan dapat ambil jurusan senibina sebab huda pernah bermimpi. Huda yakin dan percaya, dan huda selalu doakan dia. Huda taknak dia belajar tanpa minat dan terpaksa sebab nak jaga hati mak huda. Nanti dia tak enjoy apa dia belajar.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, ada orang nak tolong adik huda masuk uia tapi jurusan agama. Huda nasihatkan dia, grab peluang masuk uia dulu, perform 1st semester dan apply untuk tukar kos. ( Pengalaman huda sendiri, masa di matric uia huda tukar kos dari sains fizik ke kos kejururawatan kemudian last sekali tukar ke kos sains biologi).

Alhamdulillah. 1st semester berlalu dan dia berjaya convert kos ke jurusan senibina. I'm so happy for him.
Semalam dia berkongsi kegembiraan dia yang baru beli kelengkapan melukis. Again, i'm so happy for him!
Alhamdulillah.
Bila kita ada impian, kita kena yakin kita boleh capai, walau macam-macam dugaan datang.
Percaya sebelum berjaya.
Coretan huda kali ini di dedikasi untuk adikku Muhammad Akasyah Mohd Halid.

Akak doakan Akasyah berjaya menjadi arkitek terbaik di dunia dan cipta bangunan mesra Alam macam Shaklee HQ ( Shaklee Headquarters is one of the first green, energy-saving, award-winning buildings designed using sustainable materials, including certified sustainable wood, recycled carpets, and recycled plastics. In 2001, Shaklee received the Savings by Design Energy Efficiency Integration Award by the American Institute of Architects.)

Sekian coretan ceritahuda.com hari ini.

some_text

No comments:

Powered by Blogger.