Perkongsian dari hati

10:50 am
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur Allah ilhamkan ilmu untuk menulis hari ini.

Entry pertama untuk blog Cerita Huda.Com adalah tentang perkongsian dari hati.

Hakikat kehidupan kita adalah untuk memberi serta berkongsi rezeki yang Allah amanahkan pada kita.

Rezeki waktu yang Allah hadiahkan pada huda hari ini huda kongsikan dengan anak-anak ( susukan baby, mandikan anak-anak, bagi makan anak-anak, main dengan anak-anak, tidurkan anak-anak), dengan suami (sediakan makan, sediakan pakaian pergi kerja dll)  ;  anak-anak didik MommyGenius ( layan pertanyaan mereka, kongsi ilmu, beri kata-kata motivasi dan inspirasi kejayaan) dan juga customer Shaklee ( uruskan order mereka, beri konsultasi dan tips kesihatan)


Rezeki harta pula, hari ini huda buka tabung Subuh ( start menabung dari bulan lepas, hujung bulan waktu untuk memberi) , bagi pada suami dan minta tolong dia belikan makanan untuk sedekah nanti.

Rezeki kesihatan pula, huda kongsikan nikmat sihat ini dan ilmu kesihatan yang huda belajar dari Universiti dulu dengan pembaca website www.bayigenius.com , kongsi ilmu dengan anak-anak didik serta customer yang Allah datangkan pada huda.

Setiap nikmat dan rezeki yang Allah beri pada huda, adalah amanah yang huda perlu kongsikan.

Tapi tak cukup sekadar berkongsi jika ia bukan ikhlas datang dari hati.

Bayangkan kalau huda tak ikhlas nak berkongsi masa 24 jam yang Allah pinjamkan ini untuk orang lain, mesti huda rasa tertekan, asyik merungut dan salahkan orang lain sebab buang masa huda melayan mereka.

Rugikan bila berkongsi tapi tak ikhlas dari hati. Sendiri yang sakit hati betul tak?

Alhamdulillah, Allah beri taufik hidayah pada huda agar sentiasa belajar untuk ikhlas dalam berkongsi.

Segala yang huda miliki milik Allah.  Huda hanya jalankan amanah dengan berkongsi dari hati.
Huda percaya dengan perkongsian dari hati, kita mampu menyentuh hati orang lain.


Indahnya berkongsi dari hati, hanya yang lakukan sahaja tahu nikmat kebahagiaan ini =)


Coretan Cerita Huda, 

some_text


No comments:

Powered by Blogger.